Monday 10 October 2011

Lukisan Perspektif Secara Ringkas


   
   
 

       PERSPEKTIF
Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D). Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi. Ini bagi memudahkan para pelanggan yang terdiri daripada orang awam untuk mudah memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan tersebut.
Cara mudah untuk memahami apa itu lukisan perspektif ialah, jika anda berdiri di tengah-tengah jalan yang lurus yang panjang dan memandang terus ke hadapan, anda akan dapati bahu jalan dan objek-objek yang berada di tepi jalan kelihatan bercantum ke satu titik.
Istilah-istilah dalam Lukisan Perspektif:

1.    Horizon Line / Garis Horizon :  Garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garis horizon dibawah garis tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata cacing; perletakan di atas garis tanah untuk memperoleh pandangan mata burung; letakkan dekat dengan horizon untuk pandangan normal.
2.    Ground Line / Garis Tanah : Landasan objek yang ingin digambar.
3.    Vanishing Point / Titik Lenyap : Titik pada garis horizon dimana garis-garis sejajar yang horizon bertemu. Letakkan titik-titik ini berjauhan untuk gambar perspektif jauh; letakkan titik tersebut berdekatan untuk memperoleh pandangan dekat.
4.    Picture Plane / Satah Gambar : Gambaran yang dilihat yang akan diletakkan di atas kertas.


Lukisan Perspektif boleh digambarkan melalui :
i.              Pandangan Mata Burung/Bird’s Eye View
ii.             Pandangan Mata Manusia/Human’s Eye View
iii.            Pandangan Mata Cacing/Worm’s Eye View




Terdapat 3 jenis Lukisan Perspektif yang biasa terdapat dalam Lukisan Persembahan, iaitu;







  
i.    Perspektif 1 Titik Lenyap                            
   - mempunyai 1 Titik Lenyap sahaja  














ii. Perspektif 2 Titik Lenyap
 - mempunyai 2 Titik Lenyap (kiri & kanan)    
           

                                                           
iii.           Perspektif 3 Titik Lenyap
        - mempunyai 3 Titik Lenyap (kiri, kanan dan atas/bawah)
                                                                  


Teknik Mewarna Menggunakan Warna Air